ANALISIS SOP CERAPAN HILAL DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERASASKAN PENGALAMAN DI LAPANGAN

Main Article Content

Ibnor Azli Ibrahim
Sharifah Shazwani Syed Mohamed

Abstract

Penentuan hilal merupakan asas kepada pembinaan sesebuah takwim Hijri. Bagi negara-negara MABIMS telah wujud kesepakatan dalam menetapkan kaedah penentuan hilal iaitu dengan menggunakan kaedah imkan al-rukyah. Kaedah ini merupakan gabungan kaedah rukyah dan hisab yang menggunakan kriteria tertentu dalam menentukan keboleh-nampakan hilal. Walau bagaimanapun, negara Brunei Darussalam mengamalkan kaedah penentuan hilal yang agak berbeza dengan negara MABIMS lain apabila turut menggunakan kaedah rukyah semata-mata. Oleh yang demikian, kajian ini akan meneliti prosedur penentuan hilal dengan menyertai aktiviti cerapan hilal rasmi dan tidak rasmi di negara Brunei Darussalam. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan kaedah analisis kepustakaan bagi mendapatkan maklumat mengenai kaedah imkan al-rukyah MABIMS. Manakala kaedah temu bual tidak berstruktur serta pemerhatian bagi mengetahui prosedur cerapan hilal di negara Brunei Darussalam. Kajian ini mendapati prosedur penentuan hilal di menggunakan dua kaedah iaitu kaedah imkan al-rukyah bagi bulan selain Ramadan, Syawal dan Zulhijjah. Manakala bagi tiga bulan tersebut, penentuan hilal adalah berdasarkan rukyah. Rukyah yang dimaksudkan disini ialah melihat hilal melalui alatan bantuan optik seperti teodolit dan teleskop. Sekiranya hilal tidak kelihatan meskipun sudah memenuhi kriteria imkan al-rukyah MABIMS, rukyah dianggap tidak kelihatan.

Article Details

How to Cite
IbrahimI. A., & MohamedS. S. S. (2024). ANALISIS SOP CERAPAN HILAL DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERASASKAN PENGALAMAN DI LAPANGAN. Proceedings of International Conference on Islamic Civilization and Humanities, 2, 61-80. Retrieved from https://proceedings.uinsa.ac.id/index.php/iconfahum/article/view/1795
Section
Articles