Prinsip Syarak Menurut Muhammad Asad dan Implikasinya dalam Tafsiran Nusus

  • Ahmad Nabil Amir International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM) https://orcid.org/0000-0002-2482-0818
  • Tasnim Abdul Rahman Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Nur Sakiinah Ab Aziz Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Keywords: Muhammad Asad, Ibn Hazm, Daud al-Zahiri, syariat, This Law of Ours

Abstract

Kertas ini mengupas pandangan hukum Muhammad Asad dalam bukunya This Law of Ours and Other Essays (Hukum Syariat Kita Ini dan Esei-esei Lain) dan melihat sejauh mana pengaruh dari aliran pemikiran Zahiri yang dikembangkan oleh Ibn Hazm al-Andalusi (w. 456/1064) mengesani penafsiran dan idealisme hukumnya. Ia berusaha menampilkan falsafah dan epistemologi hukum yang digarap dalam bukunya This Law of Ours and Other Essays yang dipengaruhi oleh karya fiqh berjilid tebal Ibn Hazm, al-Muhalla. Kajian dirangka berasaskan pendekatan deskriptif-kualitatif dengan menerapkan metode historis, tematik, semantik, hermeneutik, dan komparatif yang bersifat interpretatif, kritis dan analitik. Temuan kajian mendapati pandangan hukum Muhammad Asad banyak dipengaruhi oleh ideologi mazhab dari fiqh klasik Zahiri terutamanya dalam masalah ijtihad dan nass. Perbincangan hukum yang dirumuskannya banyak diilhamkan dari karya Ibn Hazm yang berasal daripada kesimpulan dan doktrin hukumnya yang konservatif dan tradisional serta pemahaman tekstualnya terhadap nas yang cuba dikembangkan dalam konteks moden berhubung dengan persoalan syariat dan tujuan-tujuan spiritual dan sosialnya yang menentukan dalam kehidupan masyarakat luas sebagai “tabiat moral”.

Published
2025-11-05
Section
Articles